Sharifah Nazirah Raih Gangsa di Peringkat Akhir Kebangsaan WSMB 2018

Tahniah PMU!! Tahniah Sharifah Nazirah binti Wan Sekeran!! Tahniah Encik Johari & Puan Norsida!! Tahniah Warga JKA PMU!!

Kemuncak penyertaan peserta PMU di Pertandingan Akhir Kebangsaan Worldksills Malaysia Belia (Final WSMB) 2018 telah melakarkan sejarah manis apabila Sharifah Nazirah Wan Sekeran telah berjaya menduduki tangga ke-2 dan dianugerahkan Pingat Gangsa dalam bidang kemahiran Painting and Decorating. Beliau mengungguli peringkat tersebut di tangga ke-2 daripada lapan orang peserta pelbagai agensi kemahiran seperti GiatMara Tumpat, ABM Wilayah Selatan, GiatMara Saratok dan Politeknik Ungku Omar (PUO). Wakil dari team Politeknik Malaysia menerima anugerah bagi pihak Sharifah Nazirah yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Tuan M Kulasegaran di MATEPM 2018, MITEC, Kuala Lumpur. Sementara itu, rakan sepasukan dari PUO, Muhammad Syazwan bin Mohamad berada di kedudukan ke-5 dan Abdul Rahman bin Rahim kedudukan ke-8.

Lihat laporan penuh.

   

Pada tahun 2017 beliau telah mengungguli Pertandingan Kemahiran Politeknik Malaysia (Polyskills) dengan meraih Pingat Emas dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tangan Emas Polyskills 2017 yang telah berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis (https://www.pmu.edu.my/v5/index.php/tahniah-team-polyskills-pmu). Kejayaan tersebut telah melayakkan beliau untuk mewakili Politeknik Malaysia ke Pra-kelayakan WSMB 2018 pada bulan Mac yang lalu dan layak ke Peringkat Akhir WSMB 2018. 

PMU juga telah diberi kepercayaan mewakili Politeknik Malaysia ke Final WSMB 2018 melalui Mohammad Razzi bin Salleh (20DKM15F2028) dalam bidang Mechanical Engineering Design (CAD) dan Mohd Nur Shafiq bin Zakaria (20DDT16F1017) dalam bidang Web Design. Mohammad Razzi berkedudukan ke-7 manakala Mohd Nur Shafiq ke-7 daripada 10 peserta. SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!!